Sunday, February 21, 2010

Terkesankah hatimu?

salam wrt

xde ape yg ditulis pun sebenarnye..just terfikir something yang bermain2 dlm hati.

tadi baru je balik berusrah dengan adik2 kesayangan.terpakse la meredah ribut salji yang kuat untuk ke hostel diorang.diri hampir rase nak diterbangkan angin kuat tu sampai terpakse bercangkung sebentar untuk rendahkan titik graviti..tapi suka actually,sebab makin susah diri kita untuk buat sesuatu kebaikan, makin besar pahala yang Allah beri pada kita, insyaAllah..

usrah sy buat kejap je, dalam sejam.sebab diorang ade exam dermato next week.jadi sy perlu hormat masa diorang untuk belajar.then on the way balik ke hostel after usrah habis,sy terfikir..selama yg sy berkongsi ilmu dengan diorang,terkesankah hati2 diorang atau usrah sy hanya sia2 saje,umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri..sy harap paling kurang,ade rase insaf atau keinginan untuk berubah ke arah yg baik hadir dlm hati2 yg sy sgt ambil berat tu.dan terfikir lagi,mungkin certain2 things xmemberi kesan disebabkan sy sendiri pun xamalkan benda yg sy bincangkan..nauzubillah..

"Hai orang2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat?amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan.."
(61:2-3)

masa tinggal sedikit..hanya 4bulan.dan dalam masa sy bz dengan study sy,sy xtahu setakat mane lagi yg sy mampu buat untk memaksimumkan usaha dakwah sy..sedih nak tinggalkan diorang, sedih nak tinggalkan bumi Nizhny.

ya Allah..tetapkanlah hati2 kami pada agamaMu..berikan kami taufiq dan hidayahMu..mudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut..jauhilah kami dari azab kubur dan nerakaMu..dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu..

Tuesday, February 2, 2010

Hidup 1jam20min?

Salam wrt

Pernah x terfikir, berape lama hidup kita di alam akhirat kalau compare dgn hidup di bumi? Dalam al Quran ade Allah swt bagi perumpamaan untuk kita..

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian urusan itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu"
(As Sajadah:5)

okeh,sekarang jom buat calculation skit..
1000thn bumi = 1hari /24jam / 1440min akhirat
umat Rasulullah s.a.w. selalunye mempunyai umur dlm average 60-70thn (itu pun kalau nyawa tidak diambil oleh malaikat maut lebih awal dari),so..
60thn bumi = 86.4min akhirat bundar2 skit, dapatlah lebih kurang 1jam20min

1jam20min actually masa yg sgt2 pendek untuk kita, especially kalau minggu2 exam, kita sangat2 menghargai setiap saat yg bergerak. kalau sy study internal med, sejam ni actually baru dapat cover satu disease je eg diabetes, ischemic heart disease etc.

tapi, bukankah kita sememangnye tgh berada dlm peperiksaan, yg kita xtahu bila tamatnye masa kita ambil peperiksaan tu, yg resultnye akan dibentangkan di khalayak ramai? dan result exam tu akan tentukan dua je hasil untk kita.syurga or neraka..besar tu perbezaan antara keduanya..

jadi, masa yang Allah swt beri pada kita 1jam2omin ni patutkah kita sia2kan? ada ke masa untuk kita buang masa untuk dapatkan syurga Allah swt yg kekal abadi? masih sempat nak shopping sampai berjam2, dan balik melepak tgk movie, borak2 kosong, gosip sana sini pulak sampai lewat mlm?atau solat fardhu pun buat sambil lewa,solat subuh gajah, kadang2 main qadha2 je..?xcukup sahabatku sekalian..kalau sahabat2 Rasulullah yang iman mereka sgt mantap pun menangis2 mengharapkan syurga Allah swt dan takutkan neraka Allah swt, apalah sgt nak dicomparekan dgn diri kita yg xseberapa ni..

rebut masa yg ada ni sahabat2ku..tinggalkan yg maksiat, amalkan yg fardhu dan sunat, saling nasihat menasihati, jaga silaturrahim..semoga sekecil2 amalan kita memudahkan urusan timbangan amalan kita di padang Masyar nti.

ade satu ayat yg sgt sayu di hati bila sy bace..

"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba2Ku , dan masuklah ke dalam syurgaKu.."
(Al Fajr: 27-30)

Semoga 'jiwa yg tenang' itu adalah jiwa kita tatkala roh dah pun berada di kerongkong suatu hari nti..

Sunday, January 31, 2010

Siti si talam dua muka


Salam wrt


saje mengupdate blog, malam sudah menyusul tapi mata masih segar. meh nak cerita perihal seekor kucing yg manja terlebih2..


Nama: Siti gendut

Tarikh lahir: 28/4/2009

Umur: 9bulan

Warna bulu: hitam,coklat,putih

Keunikan: Muka dua warna


Siti actually anak JJ yang bongsu..kami bertiga memang tak expect nak keluar lagi sekor anak kucing selepas Ali dan Abu..tapi 3jam selepas kelahiran Abu,keluar la sekor ni.mungkin kelahiran yang agak delay ni buatkan dia extra nakal tapi manja at the same time..talam dua muka katekan..


Kenapa extra degil?

1) Walaupun makanan still penuh dlm mangkuk, still nak merabakkan kotak makanan yang baru..last2nye masuk angin la biskut2 baru tu..

2) Siang tidur, tapi malamnye main dgn penuh semangat. rasanya umpama ada anak lelaki yg buas di rumah.sebelum kami tidur,memang segala barang2 beharga atas meja study dah disimpan dgn baik.kalau tak, mesti ade atas lantai esoknye..

3) Tak boleh dihukum langsung..kalau orang jentik telinga skit, tangan kami dicapainya dan digigit2 smpai ade kesan gigi dan air liur

4) Suka sgt korek tong sampah. pantang ade tulang ayam, mesti nak ratah..xfaham kenapa keturunan Mon aka moyang Siti suka sgt pada ayam,kalau bagi ikan mentah boleh buat2 nak termuntah pulak tu..kucing rusia katekan


Kenapa extra manja?

1) Pagi2 pukul 3-4 am masa manusia tgh nyenyak tidur, masa ni jugak la die naik katil, gesel2 badannye yg masam tu kat muka minta dibelai..tidur terganggu, jerawat muka pun naik..

2) Tatkala khusyuk stadi, nak manja2 lagi.panjat pulak lap,tergolek2 atas lap..ai..tgn ada 2,kanan pegang pen menulis,kiri mengusap perut..kalau diletaknye atas lantai,lap ku dipanjat semula..buatla berapa kali pun

3) Masa basuh baju, die suka teman kat sebelah,tengok je berus bergerak2, ntah ape yg buat die excited pun xtahu..kalau die boleh tolong beruskan kan seronok

3)Tempat tidur favourite die ialah atas bantalku.manja terlebih,nak tempat tidur paling selesa tanpa hiraukan manusia yg terseksa ni


Itu lah al kisah cik Siti gendut..owh kenapa gendut?sebab perut die mmg bulat sejak azali..







Monday, December 14, 2009

Kita sentiasa diperhatikan

Salam wrt..alhamdulillah kita masih diberi peluang hidup dlm nikmat iman dan islam.

Entry kali ini mungkin simple saja,nak kongsi ayat al Quran kegemaran sy sejak dahulu.

'Dan pada sisi Allah lah segala kunci-kunci semua yang ghaib,tak ada yg mengetahuinya kecuali Dia sendiri,dan Dia mengetahui apa yg di daratan dan di lautan,dan tiada sehelai daun pun yg gugur melainkan Dia mengetahuinya,dan tidak jatuh sebutir biji pun dlm kegelapan bumi dan tidak sesuatu yg basah atau yg kering melainkan tertulis dlm kitab yg nyata (Lauh Mahfuz)' [6:59]

Kenapa sy suka ayat ini?kerana ayat ini sentiasa ingatkan sy bahawa Allah swt sentiasa perhatikan setiap gerak geri kita, dan Allah swt tahu apa yg terlintas dlm hati atau fikiran kita, 24/7.. Bayangkan..setiap daun di bumi ini Allah tahu bila ia akan gugur.Di bumi Nizhny saja cukup bnyk daun yg gugur especially ketika musim luruh..apatah lg seluruh pelusuk bumi.Subhanallah.

Ingatlah, kita sentiasa diperhatikan. Umpama ada CCTV everywhere.Kalau kita berseorangan di bilik, bukan memberi lampu hijau untk kita bersuka ria berlebih2an atau mengajak teman lelaki ke dlm. Dan kalau bukan dari segi perbuatan sekali pun, setiap niat kita, perasaan riak atau takbur atau dengki etc semuanya Allah tahu. Dan kalau kita sentiasa ingat hal ini, insyaAllah kita akan sentiasa berwaspada terhadap setiap tingkah laku kita seharian.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga esok lebih baik dari hari ini, andai esok masih milik kita.

Friday, October 16, 2009

Forensic

Masa saya kecil2 dahulu, kerap juga dengar kawan2 bercerita "ei, kalau nak jadi doktor, kena tidur dlm bilik mayat dlu sorang2.." saya pula terbayang membawa bantal dan tidur di atas lantai dalam bilik mayat ber'aircond' yang gelap gelita. Cerita2 macam tu adalah antara sebab saya tidak mengharapkan doktor sebagai option kerjaya saya suatu hari nti.. Tetapi nampaknya Allah swt dah menetapkan jalan hidup saya dlm bidang ini. (iAllah..lagi 8bulan nak habis belajar)

Hurm..bukan ini yg nak saya ceritakan actually. Pagi tadi pertama kali saya melihat complete postmortem autopsy yg dilakukan oleh seorang doktor muda russian yg sgt cekap..(sangat kagum dengan kecekapan dia,namanye tidak diketahui..zas zas potong sana sini) Kepala agak pening dengan bau mayat yg kurang menyenangkan. Actually saya sudah kerap masuk ke bilik itu ketika masih dlm 3rd year (belajar operative surgery-buat operation terhadap mayat) tetapi nampaknya deria bau hidung saya telah hilang adaptasi nye setelah dua tahun tidak menghidu bau mayat. Mayat2 yang bergelimpangan di atas lantai pula membuatkan saya kurang selesa.

Mayat yg diproses itu adalah seorang lelaki 40an rasanye, mati dijerut tali. Mungkin suicide (bunuh diri) atau mungkin homicide (dibunuh oleh org lain). Ketika saya masuk dlm bilik, semua organ dah dikeluarkan daripada abdomen dan tengkorak kepala sudah dibuka. Otaknya belum dikorek keluar oleh doktor itu. Meja autopsy penuh dengan darah dan organ2 mayat yang bergelimpangan di hujung kakinya. Pada mulanya saya cuba elakkan darah atau sebarang cecair terkena baju saya, tetapi memandangkan doktor itu bergerak ke sana ke mari, apron doktor tu terpalit pade seluarku dan labcoat..terkena juga akhirnye..xpelah, lumrah belajar. baju boleh dibasuh, pengalaman xboleh dibeli kan.. "tula..berdiri dekat sangat..kui kui" bisik kawan.

Yang menariknye, kesan jerut tali pun ada ceritanya tersendiri..kalau kesan jerut itu berada dalam keadaan melintang di leher dan garisannya kemas, kemungkinan besar lelaki itu dijerut oleh org lain. Kalau kesan jerut itu condong ke atas, kemungkinan besar lelaki itu menggantung dirnya sendiri (kesan graviti menarik tubuh ke bawah). Dan kalau lelaki itu mati dengan cepat, darah dalam jantung selalunya cair sebab fibrinolytic system lebih aktif, dan kalau darah sudah beku atau berketul2 lelaki itu mati perlahan2..etc etc, terlalu banyak ilmu forensic yg boleh diceritakan..

Dan akhirnye setelah semua organ di cincang untuk mencari sebarang 'pathology' dan mengambil sampel untk ujian 'histology', organ2 itu dimasukkan semula ke dalam abdomen, dan kulit pun dijahit kemas semula..itu lah al kisah forensic yang saya simplekan..sebenarnye bnyk sgt benda menarik yg nak dikisahkan tetapi takut xkan habis menaip. Dan tatkala itu saya terfikir, manusia kalau hilang rohnya, tubuhnya umpama kotak kosong yg tidak bernilai.. sebab itu Allah swt telah tetapkan jalan panduan dalam al Quran supaya manusia dapat menjalani hidupnya dengan cara yang betul, supaya hidupnya di bumi tidak sia2 begitu sahaja.

" Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan" [21:35]

Semoga kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang baik dan diredhaiNya..ameen..

Thursday, October 15, 2009

Hargai dirimu

Salam wrt..post ni saya tujukan untk semua sisters n brothers seagama dengan saya.

Zaman sekarang, sesetengah umat Islam memandang ringan soal2 aurat, berdua2an atau bersentuhan dengan lelaki bukan muhrimnya. Ini baru soal bersosial sesama rakan2, belum lagi saya mention soal meminum arak, clubbing, dan zina (na'uzibillah). Saya tidak tahu mana salah silapnya yang menyebabkan kita alpa dengan hukum Allah swt yang sudah jelas disebut dalam al-Quran.

Saya tidak mahu 'judge' sesiapa dan tidak pula nak memasukkan seseorang dalam kelompok yg saya kategorikan baik atau buruk akhlaknya..Sebab saya pun apa kurangnya, iman naik turun juga. Bila dengar ayat al-Quran, naik lah iman, bila tengok series atau movie, iman turun balik..
Saya pun terbaca dalam blog Dr MAZA dalam post yang bertajuk 'Jangan lebih lajak daripada laju'. Antara petikan dlm artikel tu ade satu hadis yg menghalang kita menghukum org lain..

“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari)

Saya tahu ramai dah bosan dengan soal couple adalah haram etc. Tetapi yg saya minta sgt2 saudara2 saya dan diri sendiri buat adalah:

1) Tolong jangan keluar berdua-duaan kerana tidak ada org lain antara dua insan kecuali syaitan. Walaupun rasa iman dah cukup, tolong jgn cuba test iman dlm dada tu.
2) Jaga akhlak dan aurat, tolong jangan bersentuhan atau memanja2kan suara awk si gadis di hadapan lelaki bukan mahram tu. Dia belum halal untk awk dan awk pun belum halal untuknya..Ingat, sayang tu datang daripada Allah swt, kalau kita jaga hubungan denganNya, iAllah Dia hadiahkan rasa sayang tu untk kita..xkiralah siapa pun jodoh kita
3) Kejar cita2 dan kerja dengan baik. Berusaha jadi insan yg dikenang namanya bila dia meninggalkan dunia yg fana nih (of coz nama baik,iAllah..)
4)Tolong jgn membenci atau mencaci saya atas teguran ni. Saya cuma sgt sayangkan umat Muhammad ini..

wallahu'alam

Thursday, October 8, 2009

Bila hati tidak tenang

Subhanallah.Lama sungguh xmengupdate blog..bukan ape,just xde masa dan kekontangan idea untk menulis.ada masa ni pun sebab tengah belajar subject yg agak ringan (kot..)

Pejam celik, sebenarnya saya sudah pun mencapai umur yg dikategorikan tidak muda lg, 9bln lagi akan graduate dan tamatkan zaman universiti saya di sini (kolej actually). Dan seringkali saya fikirkan keadaan saya pada zaman akan datang.camne nak kerja nanti,dah cukupkah ilmu dalam file otak..camne nak kawal perasaan stress bekerja tu..camne kalau termenangis kalau bos marah..camne kalau aku tersalah beri rawatan dan akhirnya pesakit tu mati dlm tangan sendiri (ini yang paling merisaukan hati,isk..) camne tu, camne ni..etc..etc..

Dalam keadaan hati yang tidak senang tu, akhirnya ada sahabat yg menegur saya.. 'tawakkal alallah'. Bunyi ayat mcm simple tapi ia buatkan saya termenung sejenak.. 'ya Allah, lalainya aku dengan mainan syaitan..aku dah xberiman kepada rukun iman yg terakhir. .T_T'

Di sini saya nak ingatkan diri saya dan para pembaca sekalian rukun iman yang terakhir - qada' dan qadar, dan sifat mulia seorang muslim/muslimah- 'tawakkal' a.k..a berserah semata2 kepada Allah.

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" [65:2-3]

Sebenarnya xperlu kita risaukan tentang sesuatu perkara tu. Yang penting, kita berusaha sungguh2 untuk dapatkannya (of course dengan cara dan niat yang betul, lillahita'ala). Selebihnya, up to Him, nak bagi ke tak..

Duhai hati, xyahla risau sgt..usaha je sekuat mungkin, dan jzkk sahabat kerana mengingatkan diri yang lemah ni.