Sunday, February 21, 2010

Terkesankah hatimu?

salam wrt

xde ape yg ditulis pun sebenarnye..just terfikir something yang bermain2 dlm hati.

tadi baru je balik berusrah dengan adik2 kesayangan.terpakse la meredah ribut salji yang kuat untuk ke hostel diorang.diri hampir rase nak diterbangkan angin kuat tu sampai terpakse bercangkung sebentar untuk rendahkan titik graviti..tapi suka actually,sebab makin susah diri kita untuk buat sesuatu kebaikan, makin besar pahala yang Allah beri pada kita, insyaAllah..

usrah sy buat kejap je, dalam sejam.sebab diorang ade exam dermato next week.jadi sy perlu hormat masa diorang untuk belajar.then on the way balik ke hostel after usrah habis,sy terfikir..selama yg sy berkongsi ilmu dengan diorang,terkesankah hati2 diorang atau usrah sy hanya sia2 saje,umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri..sy harap paling kurang,ade rase insaf atau keinginan untuk berubah ke arah yg baik hadir dlm hati2 yg sy sgt ambil berat tu.dan terfikir lagi,mungkin certain2 things xmemberi kesan disebabkan sy sendiri pun xamalkan benda yg sy bincangkan..nauzubillah..

"Hai orang2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat?amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan.."
(61:2-3)

masa tinggal sedikit..hanya 4bulan.dan dalam masa sy bz dengan study sy,sy xtahu setakat mane lagi yg sy mampu buat untk memaksimumkan usaha dakwah sy..sedih nak tinggalkan diorang, sedih nak tinggalkan bumi Nizhny.

ya Allah..tetapkanlah hati2 kami pada agamaMu..berikan kami taufiq dan hidayahMu..mudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut..jauhilah kami dari azab kubur dan nerakaMu..dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu..

3 comments:

norshakeela said...

cikgu selalu cakap tak serupa bikin sebab nak didik anak orang.hipokrit kadang2 perlu.

adil said...

hehe,ye ke?mcm doc la jgk,minta pesakit jgn buat tu buat ni,tp diri sdiri buat..hurm..actually teguran2 tu untk diri sdiri jgk..kire teguran 2hala dan sama2 mengimprove diri:)

aliyah sumayyah said...

insyaAllah ade kesannya.. teruskan perjuangan.. =)