Monday, August 9, 2010

Kahwin?

salam wrt

ye sy tahu..post ni kurang sesuai untuk ketika ini memandangkan Ramadhan akan tiba esok hari.huhu..saje jek tulis sebab makin ramai sahabat sy yg dah mendirikan masjid masing2 bulan lepas.alhamdulillah,semoga kekal hingga nak cucu, dirahmati ikatan itu dunia n akhirat.. :) saya bila pula?nanti2 la kan..xbersedia lg untuk menjadi isteri,ilmu perkahwinan pun xcukup lg.

apa sebabnya kita berkahwin?mungkin ada antara kita nak ada teman hidup yg boleh menyayangi dan disayangi, nak anak,nak ada yg support hidup kita dari segi kewangan dan ada juga yg cakap lillahita'ala bermaksud kerana Allah semata2..untuk sy sendiri,yes.kesemua itu menjadi alasan untuk sy berkahwin.tapi, bagi diri sy sendiri yg paling penting adalah alasan yg terakhir itu,lillahita'ala.

seperti post yg lepas, sy ada mention yg kita ni musafir di bumi Allah menuju kehidupan yg kekal abadi..dan sebaik saja kita wujud di dunia,yg menjadi pembimbing kita dan teman kita bermusafir adalah ibu bapa kita sendiri.mereka lah yg mendidik kita untuk mengucapkan kalimah syahadah, solat, berpuasa, mengenali Allah dan RasulNya dan lain2..terlalu banyak untuk disebut di sini..ilmu2 inilah yg menjadi bekal kita sepanjang perjalanan menuju destinasi akhirat.



tetapi apabila kita dah masuk fasa hidup yg baru..si suami/isteri pula yg menjadi teman kita, yg mendidik dan menasihati kita bila kita leka, memberi sokongan pada kita untuk terus istiqamah dlm berjuang..sy bayangkan mcm kita tercampak di padang pasir,berjalan sorang2 ketakutan, tanpa air dan makanan, dan yg kelihatan hanyalah fatamorgana yg menipu mata (nikmat duniawi).tiba2 muncul seseorang bernama suami/isteri yg papah kita, tolong menyediakan makanan rohani, bawa kita ke direction yg betul (jalan yg diredhai Allah) dan selalu bisikkan kata2 semangat di telinga.. :D

oleh itu, pentingnya soal memilih calon suami/isteri yg betul..yg dekat dgn Allah, berilmu, memahami, menyayangi dan boleh mendidik pasangannya..bukan memilih teman berlandaskan perasaan semata2, atau harta semata2 atau apa2 saja bentuk duniawi yg xkekal selamanya. kalau xsesat sendirian, takut kedua2nya pun sesat sekali..

"Lelaki itu (suami) pelindung bagi perempuan (isteri) kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya. Maka perempuan-perempuan yang soleh adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga dirinya ketika suaminya tidak ada, kerana Allah telah menjaga mereka.." (4:34)

kalau kita nak suami yg soleh, of course kita perlu menjadi solehah dahulu.so, ape lagi..mari improve akhlak dan ilmu agama kita. insyaAllah, Allah akan memberi jodoh yg baik untuk kita.

Sunday, August 8, 2010

August

salam wrt

terlupa pula diri sendiri ada blog,terlalu lama xsinggah blog sendiri.huhu..xlama lagi dah nak Ramadhan,so sy nak ambil kesempatan mengucapkan salam Ramadhan kepada semua.mari berusaha sungguh2 untuk beramal dan berhijrah kepada diri yg lebih baik, dan terus istiqamah dalam melaksanakannya walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita nanti..amin2.

Bulan Ogos dah tiba..selalunye sy dah mula menghitung hari,bersedih2 sendirian memikirkan yg sy akan kembali ke bumi Rusia untuk meneruskan pengajian dan meninggalkan family tercinta di Malaysia.tetapi lain pula situasinya untuk tahun ni..berdebar2 menunggu surat perlantikan kerja pula.huhu..xpela,xsabar jgk nak memberi khidmat kpd rakyat Malaysia..tq yg amat kerana membiayai pengajian sy selama 6thn lepas..

23thn dah berlalu (lebih kurang 1/4 daripada hayat kiranya Allah memanjangkan hayat sy hingga 80thn plus minus)dan sy masih lg seorang musafir di bumi Allah ni.sy rasa masih terlalu skit bekalan yg dah dikumpul untuk kehidupan yg abadi nanti,akhirat..jadi sy fikir..setiap hari kita perlu berniat untuk berhijrah, dan melaksanakannya.kerana plg kurang pun,dengan niat itu kita akan diberi kebaikan dan kekuatan oleh Allah untuk mentaufiqkan hidayah yg diberi..

isk..sy rindu berusrah.jgn hanyutkan jiwa yg lemah ini walaupun sibuk bekerja nanti..