Thursday, October 15, 2009

Hargai dirimu

Salam wrt..post ni saya tujukan untk semua sisters n brothers seagama dengan saya.

Zaman sekarang, sesetengah umat Islam memandang ringan soal2 aurat, berdua2an atau bersentuhan dengan lelaki bukan muhrimnya. Ini baru soal bersosial sesama rakan2, belum lagi saya mention soal meminum arak, clubbing, dan zina (na'uzibillah). Saya tidak tahu mana salah silapnya yang menyebabkan kita alpa dengan hukum Allah swt yang sudah jelas disebut dalam al-Quran.

Saya tidak mahu 'judge' sesiapa dan tidak pula nak memasukkan seseorang dalam kelompok yg saya kategorikan baik atau buruk akhlaknya..Sebab saya pun apa kurangnya, iman naik turun juga. Bila dengar ayat al-Quran, naik lah iman, bila tengok series atau movie, iman turun balik..
Saya pun terbaca dalam blog Dr MAZA dalam post yang bertajuk 'Jangan lebih lajak daripada laju'. Antara petikan dlm artikel tu ade satu hadis yg menghalang kita menghukum org lain..

“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari)

Saya tahu ramai dah bosan dengan soal couple adalah haram etc. Tetapi yg saya minta sgt2 saudara2 saya dan diri sendiri buat adalah:

1) Tolong jangan keluar berdua-duaan kerana tidak ada org lain antara dua insan kecuali syaitan. Walaupun rasa iman dah cukup, tolong jgn cuba test iman dlm dada tu.
2) Jaga akhlak dan aurat, tolong jangan bersentuhan atau memanja2kan suara awk si gadis di hadapan lelaki bukan mahram tu. Dia belum halal untk awk dan awk pun belum halal untuknya..Ingat, sayang tu datang daripada Allah swt, kalau kita jaga hubungan denganNya, iAllah Dia hadiahkan rasa sayang tu untk kita..xkiralah siapa pun jodoh kita
3) Kejar cita2 dan kerja dengan baik. Berusaha jadi insan yg dikenang namanya bila dia meninggalkan dunia yg fana nih (of coz nama baik,iAllah..)
4)Tolong jgn membenci atau mencaci saya atas teguran ni. Saya cuma sgt sayangkan umat Muhammad ini..

wallahu'alam

2 comments:

7LapisLangit said...

salam,haa..kakak,ni mesti surah al-Qalam,lepas al Mulk kan..dan lagi satu,4 nasihat last tu mmg TERBAIK!! bagus sngt..

adil said...

wsalam wrt.aah,surah al Qalam yg first.sebab cm best..hehe.4nasihat tu reminder untk diri sdiri jgk actually,kot2 la suatu hari nti terlupa n terbuat. (0_o)