Subhanallah.Lama sungguh xmengupdate blog..bukan ape,just xde masa dan kekontangan idea untk menulis.ada masa ni pun sebab tengah belajar subject yg agak ringan (kot..)
Pejam celik, sebenarnya saya sudah pun mencapai umur yg dikategorikan tidak muda lg, 9bln lagi akan graduate dan tamatkan zaman universiti saya di sini (kolej actually). Dan seringkali saya fikirkan keadaan saya pada zaman akan datang.camne nak kerja nanti,dah cukupkah ilmu dalam file otak..camne nak kawal perasaan stress bekerja tu..camne kalau termenangis kalau bos marah..camne kalau aku tersalah beri rawatan dan akhirnya pesakit tu mati dlm tangan sendiri (ini yang paling merisaukan hati,isk..) camne tu, camne ni..etc..etc..
Dalam keadaan hati yang tidak senang tu, akhirnya ada sahabat yg menegur saya.. 'tawakkal alallah'. Bunyi ayat mcm simple tapi ia buatkan saya termenung sejenak.. 'ya Allah, lalainya aku dengan mainan syaitan..aku dah xberiman kepada rukun iman yg terakhir. .T_T'
Di sini saya nak ingatkan diri saya dan para pembaca sekalian rukun iman yang terakhir - qada' dan qadar, dan sifat mulia seorang muslim/muslimah- 'tawakkal' a.k..a berserah semata2 kepada Allah.
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" [65:2-3]
Sebenarnya xperlu kita risaukan tentang sesuatu perkara tu. Yang penting, kita berusaha sungguh2 untuk dapatkannya (of course dengan cara dan niat yang betul, lillahita'ala). Selebihnya, up to Him, nak bagi ke tak..
Duhai hati, xyahla risau sgt..usaha je sekuat mungkin, dan jzkk sahabat kerana mengingatkan diri yang lemah ni.
Resep Makanan Ringan Elok Kering Super Renyah
7 years ago
No comments:
Post a Comment