Masa saya kecil2 dahulu, kerap juga dengar kawan2 bercerita "ei, kalau nak jadi doktor, kena tidur dlm bilik mayat dlu sorang2.." saya pula terbayang membawa bantal dan tidur di atas lantai dalam bilik mayat ber'aircond' yang gelap gelita. Cerita2 macam tu adalah antara sebab saya tidak mengharapkan doktor sebagai option kerjaya saya suatu hari nti.. Tetapi nampaknya Allah swt dah menetapkan jalan hidup saya dlm bidang ini. (iAllah..lagi 8bulan nak habis belajar)
Hurm..bukan ini yg nak saya ceritakan actually. Pagi tadi pertama kali saya melihat complete postmortem autopsy yg dilakukan oleh seorang doktor muda russian yg sgt cekap..(sangat kagum dengan kecekapan dia,namanye tidak diketahui..zas zas potong sana sini) Kepala agak pening dengan bau mayat yg kurang menyenangkan. Actually saya sudah kerap masuk ke bilik itu ketika masih dlm 3rd year (belajar operative surgery-buat operation terhadap mayat) tetapi nampaknya deria bau hidung saya telah hilang adaptasi nye setelah dua tahun tidak menghidu bau mayat. Mayat2 yang bergelimpangan di atas lantai pula membuatkan saya kurang selesa.
Mayat yg diproses itu adalah seorang lelaki 40an rasanye, mati dijerut tali. Mungkin suicide (bunuh diri) atau mungkin homicide (dibunuh oleh org lain). Ketika saya masuk dlm bilik, semua organ dah dikeluarkan daripada abdomen dan tengkorak kepala sudah dibuka. Otaknya belum dikorek keluar oleh doktor itu. Meja autopsy penuh dengan darah dan organ2 mayat yang bergelimpangan di hujung kakinya. Pada mulanya saya cuba elakkan darah atau sebarang cecair terkena baju saya, tetapi memandangkan doktor itu bergerak ke sana ke mari, apron doktor tu terpalit pade seluarku dan labcoat..terkena juga akhirnye..xpelah, lumrah belajar. baju boleh dibasuh, pengalaman xboleh dibeli kan.. "tula..berdiri dekat sangat..kui kui" bisik kawan.
Yang menariknye, kesan jerut tali pun ada ceritanya tersendiri..kalau kesan jerut itu berada dalam keadaan melintang di leher dan garisannya kemas, kemungkinan besar lelaki itu dijerut oleh org lain. Kalau kesan jerut itu condong ke atas, kemungkinan besar lelaki itu menggantung dirnya sendiri (kesan graviti menarik tubuh ke bawah). Dan kalau lelaki itu mati dengan cepat, darah dalam jantung selalunya cair sebab fibrinolytic system lebih aktif, dan kalau darah sudah beku atau berketul2 lelaki itu mati perlahan2..etc etc, terlalu banyak ilmu forensic yg boleh diceritakan..
Dan akhirnye setelah semua organ di cincang untuk mencari sebarang 'pathology' dan mengambil sampel untk ujian 'histology', organ2 itu dimasukkan semula ke dalam abdomen, dan kulit pun dijahit kemas semula..itu lah al kisah forensic yang saya simplekan..sebenarnye bnyk sgt benda menarik yg nak dikisahkan tetapi takut xkan habis menaip. Dan tatkala itu saya terfikir, manusia kalau hilang rohnya, tubuhnya umpama kotak kosong yg tidak bernilai.. sebab itu Allah swt telah tetapkan jalan panduan dalam al Quran supaya manusia dapat menjalani hidupnya dengan cara yang betul, supaya hidupnya di bumi tidak sia2 begitu sahaja.
" Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan" [21:35]
Semoga kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang baik dan diredhaiNya..ameen..
Resep Makanan Ringan Elok Kering Super Renyah
7 years ago
No comments:
Post a Comment