Monday, December 14, 2009

Kita sentiasa diperhatikan

Salam wrt..alhamdulillah kita masih diberi peluang hidup dlm nikmat iman dan islam.

Entry kali ini mungkin simple saja,nak kongsi ayat al Quran kegemaran sy sejak dahulu.

'Dan pada sisi Allah lah segala kunci-kunci semua yang ghaib,tak ada yg mengetahuinya kecuali Dia sendiri,dan Dia mengetahui apa yg di daratan dan di lautan,dan tiada sehelai daun pun yg gugur melainkan Dia mengetahuinya,dan tidak jatuh sebutir biji pun dlm kegelapan bumi dan tidak sesuatu yg basah atau yg kering melainkan tertulis dlm kitab yg nyata (Lauh Mahfuz)' [6:59]

Kenapa sy suka ayat ini?kerana ayat ini sentiasa ingatkan sy bahawa Allah swt sentiasa perhatikan setiap gerak geri kita, dan Allah swt tahu apa yg terlintas dlm hati atau fikiran kita, 24/7.. Bayangkan..setiap daun di bumi ini Allah tahu bila ia akan gugur.Di bumi Nizhny saja cukup bnyk daun yg gugur especially ketika musim luruh..apatah lg seluruh pelusuk bumi.Subhanallah.

Ingatlah, kita sentiasa diperhatikan. Umpama ada CCTV everywhere.Kalau kita berseorangan di bilik, bukan memberi lampu hijau untk kita bersuka ria berlebih2an atau mengajak teman lelaki ke dlm. Dan kalau bukan dari segi perbuatan sekali pun, setiap niat kita, perasaan riak atau takbur atau dengki etc semuanya Allah tahu. Dan kalau kita sentiasa ingat hal ini, insyaAllah kita akan sentiasa berwaspada terhadap setiap tingkah laku kita seharian.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga esok lebih baik dari hari ini, andai esok masih milik kita.