Sunday, December 21, 2008

Musim sejuk yang tidak bersalji?


Salam wrt

Post ni sekadar nak merehatkan minda yang serabut.sekarang sudah pun masuk bulan Disember,tetapi salji masih belum turun di bumi Rusia ini..selalunye tempoh macam sekarang, salji dah setinggi lututku..bila difikirkan,umpama skema jawapan exam,di dalam otak mesti terlintas 'hurm..global warming la kot'.

Selalunya suhu akan menjadi serendah -20 atau -30 celcius di pertengahan Disember,tetapi tahun ni sekadar -6, dan paling rendah pun -9 celcius.Baru berhajat nak main ski dan skating puas2 memandangkan saya pernah main 2kali saje sejak tahun pertama dahulu dan tahun depan adalah tahun yang terakhir..isk..nampaknya bukan rezekiku tahun ni nak main benda2 tu.

Ade kebaikan juga apabila salji xturun,kaki seluar xdela basah disebabkan salji tebal,dan xperlu pakai but yang berat tu untuk ke kelas.kaki pun tidak penat meredah salji.Alhamdulillah..Bersangka baik terhadap Allah s.w.t. :)

Friday, December 19, 2008

Kisah teladan 2

Jom sambung citer Mus'ab bin Umair..

Kerja2 dakwah yang Mus'ab laksanakan di Madinah berjalan dengan sangat berkesan..Pada masa hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah, Mus'ab telah mengetuai sekumpulan orang Islam untuk menjemput Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah.Semua penduduk Mekah terkejut melihat keadaan Mus'ab.Bajunya bertampal2 sana sini,tiada lagi minyak wangi yang datang darinya.Tatkala sampai di Mekah,insan pertama yang Mus'ab ziarahi ialah baginda sendiri..Ibunya mendengar perihal kepulangan anak kesayangannya ke Mekah dan tidak menziarahinya.Ibunya berasa tersinggung dan menyampaikan katanya kepada Mus'ab "Wahai anakku,kau telah kembali ke kampungku,tetapi kau tidak pun singgah menemuiku" Mus'ab menjawab "Aku tidak akan berjumpa sesiapa pun setelah aku memberi ziarah hormatku kepada Rasulullah s.a.w.

Mus'ab bukan hanya kacak,bersopan santun,bijaksana, tetapi juga merupakan pahlawan Islam yang berani.Mus'ab ditugaskan membawa bendera Islam ketika perang Badar dan perang Uhud.Mus'ab telah syahid ketika perang Uhud..Semasa perang Uhud,Mus'ab sering melaungkan kata2 " Muhammad ialah utusan Allah dan ramai lagi rasul2 yang diutuskan sebelumnya!" Ketika tangan kanannya mengibarkan bendera,seorang kafir telah melibaskan pedangnya dan putuslah tangan kanan Mus'ab..tatkala bendera Islam hampir jatuh ke bumi,cepat2 Mus'ab mencapainya dengan tangan kirinya dan terus melaungkan "Muhammad ialah rasul Allah dan ramai lagi rasul2 yang diutuskan sebelumnya!"Orang kafir berasa sangat marah dan dilibaskan pedangnya lalu putuslah tangan kiri Mus'ab.Mus'ab tetap tidak putus asa..dikepitnya bendera Islam dengan dadanya dan terus melaungkan kata2nya tersebut.Orang kafir tersebut tidak tahan lagi dengan semangat kental Mus'ab lalu melontarkan pedangnya ke arah Mus'ab..lalu tertusuklah dada Mus'ab oleh pedang tersebut..Lalu tersungkurlah Mus'ab ke bumi...Melihat kejadian tersebut, abang Mus'ab, Abul Room bin Umair terus menuju ke arah bendera tersebut dan dikibarkan bendera Islam itu sehingga tamatnya perang Uhud.

Setelah tamatnya perang Uhud dengan kekalahan umat Islam, Rasulullah s.a.w. berdiri di sebelah Mus'ab dan berkata "Terdapat segolongan orang mukmin di mana mereka memegang janji mereka kepada Allah s.w.t..." Apabila Mus'a meninggal, ramai orang kafir menyangkakan bahawa Nabi telah wafat kerana rupa Mus'ab mirip muka baginda..(wallahu'alam..)Rasulullah berkata lagi di hadapan jasad Mus'ab dengan hati yang pilu"Ketika aku pertama kali melihat kau di Mekah, aku berfikir bahawa tiada orang lain lebih kacak dan berpakaian cantik berbanding kau.Tetapi aku melihat kau hari ini dengan rambut yang kusut dan hanya sehelai baju melitupi tubuhmu.."

Umat Islam yang mati syahid ketika perang Uhud tidak dapat pengebumian yang sempurna kerana umat Islam ketika itu miskin dan tidak berharta. Dan Mus'ab hanya memiliki sehelai baju melitupi tubuhnya..Sekiranya kain itu ditarik untuk menutup mukanya,kakinya akan terdedah,dan sekiranya kain itu ditarik untuk menutup kakinya,mukanya terdedah...Akhirnya,kain itu ditarik menutupi mukanya dan kakinya dilitupi dengan daun2..
Semoga Allah s.w.t. menganugerahkan syurga kepada Mus'ab dan pejuang2 Islam yang lain..

Wednesday, December 17, 2008

Kisah tauladan

Salam wrt buat semua pembaca..Di sini,saya nak berkongsi cerita tentang seorang pejuang hensem di zaman Rasulullah s.a.w..Saya pasti ramai yang sudah biasa dengar nama pemuda ni,tetapi buat yang xbiasa dengar lagi,bolehla bace.. :)

Mus'ab bin Umair ialah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dari suku Quraish.Mus'ab merupakan seorang pemuda yang sangat kacak,anak lelaki kepada Umair yang merupakan hartawan yang kaya-raya.Mus'ab dibesarkan dengan segala kemewahan dan kesenangan,dan sangat dikasihi kedua ibu bapanya..Setiap kali Mus'ab berjalan di pekan2,semua mata akan memandang kearahnya disebabkan kekemasan dan kecantikan pakaiannya serta minyak wangi yang harum yang datang dari pakaian Mus'ab.Setiap kali Rasulullah s.a.w. bercakap perihal Mus'ab, baginda akan menyatakan bahawa tiada insan yang lebih kacak berbanding Mus'ab di kota Mekah ini, tiada insan yang lebih kemas dan cantik pakaiannya berbanding Mus'ab, tiada anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang berbanding Mus'ab..(wallahu'alam).Bukan setakat rupanya,Mus'ab juga sangat dikenali dengan sifatnya yang sopan santun dan selalu tersenyum.

Bukan rupanya dan sifatnya yang membuatkan Mus'ab sangat dikenali di kalangan umat Islam pada masa itu,tetapi ketakutan dan ketaatannya kepada Allah..Apabila Mus'ab memeluk Islam, beliau telah menghadapi pelbagai dugaan dan siksaan. Mus'ab kehilangan personalitinya sebagai seorang rupawan dan budiman, beliau kehilangan kasih sayang kedua ibu bapanya.
Setelah ibunya mengetahui bahawa Mus'ab mengikut ajaran Muhammad S.A.W, maka dia mengugut tidak akan memberi harta warisan kepada Mus'ab, seandainya beliau tidak mahu
kembali kepada agama nenek moyangnya. Mus'ab sudah bulat keimanannya,demikianlah hasil didikan Rasulullah S.A.W. terhadapnya beliau terus beriman dengan ajaran Muhammad S.A.W. "Aku memilih ajaran Muhammad dari memilih harta kekayaan". Ibunya pula terus bersumpah, dia tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali kepada agama asalnya. Sebaliknya Mus'ab pula
bersumpah "Seandainya ibuku mempunyai 100 nyawa, dan keluar satu demi satu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetap dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH, namun aku tinggalkan Islam, sekali-kali tidak".

Mus'ab turut berhijrah ke Madinah bersama2 umat Islam terawal yang lain..Sewaktu di Madinah, Mus'ab giat berdakwah.Suatu hari di Madinah ketika Mus'ab sedang menerangkan ajaran Islam di sebuah rumah, seorang lelaki hartawan, Sa'ad bin Ma'az terdengar ajaran Mus'ab dan sangat marah.Saad meminta seorang lelaki yang berjawatan besar di kota itu,Usaid bin Huzair untuk menghalau Mus'ab keluar dari kota tersebut.Usaid dengan serta-merta bangun dan menyerbu masuk ke dalam rumah tersebut.
"Siapa yang mengarah kamu datang ke kota ini untuk berceramah?Jika kamu sayangkan nyawa kamu,keluar dari kota ini!"jerkah Usaib.Mus'ab berkata "Bersabar wahai tuan,silakan duduk dan dengarkan kata2 saya..jika tuan tidak setuju dengan kata2 saya, kami akan beredar dari kota ini.."
Usaib pun menyimpan pedangnya dan mendengar Mus'ab menerangkan ayat2 suci AlQuran, tentang keesaan Allah s.w.t. dan dalam masa yang singkat Usaib terpesona dengan ajaran Islam dan serta merta mengucapkan kalimah syahadah..

bersambung..

Tuesday, December 16, 2008

Rehat jap



Wah,baru selesai bace tajuk poliomyelitis..ingat sikit je,panjang lebar jugak citernye.check buku teks Nelson pendek je citer..xpuas hati.check pulak buku lain,pun pendek jugak citer nye..xpuas hati gak.last source,check wikipedia.hurm,baru puas hati.alhamdulillah..

Mungkin penyakit polio dah kurang diceritakan sebab kes polio dah kurang sejak kurun 21..terima kasih saya ucapkan kepada pencipta2 vaksin polio..Albert Sabin (oral live attenuated vaccine) dan Jonas Salk (injected inactivated poliovirus).Polio walaupun 90-95% xde gambar klinikal (clinical pictures - xsure btul ke tak ape yang saya 'melayukan'), tapi 0.1-0.5% dari kes2 melibatkan kecacatan yang teruk dan kematian kanak2 mase kurun 20.
Peratus kecil ni melibatkan polio jenis 'paralytic polio' yang melibatkan paralisis (xleh bergerak dan berfungsi) pelbagai jenis saraf (nerves).Virus polio selepas merebak ke sistem saraf,akan membiak dan menyebabkan sel2 saraf mati.Bila saraf mati, otot2 tidak dapat arahan dari otak untuk bergerak.Akhirnya, otot2 akan mati dan paralisis terjadi.Paralisis boleh jadi untuk seketika (temporal) atau selama2nya (permanent) T_T

Bersyukurlah,kite dilahirkan di kurun 21,di mane banyak vaksin2 telah tercipta.alhamdulillah!

p/s: jangan tertinggal program vaksin bakal anak2 anda

Sunday, December 14, 2008

Kucing


Tahukah anda,



  • Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina

  • Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!

  • Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!

Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing, adalah warna bulu kucing, dan ciri ini ditentukan oleh kromosom X. Secara umumnya, terdapat 3 jenis warna kucing yang dikawal oleh allel dalam kromosom X, iaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo). Allel adalah ciri-ciri yg disandarkan pada sepasang gene dalam kromosom.
Analoginya sebegini. Warna asal kucing adalah putih (tiada warna). XO adalah “kaler” berwarna hitam. Xo pula adalah “kaler” berwarna cerah(oren). Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna.
Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warna, atau turut dikenali sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”, kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel iaitu XO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak. Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut, kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X. Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, iaitu XX.

Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu? Dari mana datangnya?
Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetik yang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome. Klinefelter Syndrome berlaku apabila kromosom yang menentukan jantina seseorang (seseekor?), yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.
Seperti yang kita ketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY. Manakala perempuan/betina pula, adalah XX. Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY. Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan (kerana kehadiran kromosom Y), tetapi adalah mandul (infertile)! Justeru, kucing jantan yang mempunyai 3 warna (kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna), pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan justeru itu, mandul!
Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi 'jantan yang tulen'? ;)


(info dari blog seorang junior,thank you untuk info best ni)

Sabar dan Redha

'Sedihnye,exam aku markah xbest..mentang2 aku bukan jambu cikgu..'
'Lambatnye dia nih,dah janji keluar pukul5,cepatla skit..'
'Wei,aku xpuas hatila ngan junior tu.selisih aku xpandang aku pun!'

Itulah antara keluhan2 yang kita selalu dengar,atau mungkin kita sendiri pernah ucapkan..hati manusia memang cepat untuk berasa marah,sedih dan berfikiran serong terhadap insan lain.Kenapa kita jarang sekali untuk cuba bersabar,sedangkan sabar itu menjadi tuntutan Yang Maha Mengasihi dan indah sekali di mata manusia.Begitu kerap sekali kitab suci al-Quran menyarankan umat manusia bersabar dalam ujian yang diterimanya.

"Dan orang-orang yang menahan marahnya serta memaafkan orang lain dan Allah
itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." (ali-lmran: 134)

"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan itu.Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang
sebaik-baiknya, sehingga orang yang bermusuhan antara engkau dengan ia akan menjadi teman yang amat setia. Perbuatan sedemikian itu tidak akan diberikan kepada siapapun, selain dari orang-orang yang berhati sabar dan tidak pula diberikan melainkan kepada orang yang mempunyai keberuntungan
besar." (Fushshilat: 34-35)

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Sabar adalah peringkat pertama dalam menuju redha.Sabar itu apabila kita mampu berdiam diri apabila diuji..
e.g.bila cikgu marah insan C atas perkara yang C tak lakukan,C hanya menundukkan muka menahan marah.Mukanya merah disebabkan marah tapi C tidak membalas kata2 cikgu ni.

Redha adalah peringkat yang lebih tinggi berbanding sabar.
e.g.Insan H study dengan bersungguh2 untuk exam esok hari.Sebulan yang lalu,dia sudah pun start ulangkaji.Tapi,esoknye,markahnye xdela bagus sangat,atas pagar je.H ni pun senyum je 'ade la tu yang aku terkurang dalam study,bukan rezeki la jawabnye.kene usaha lebih lagi nih'
Dengan erti kata lain, redha ni adalah 'relax' dalam menerima ujian..

Mari kita berusaha bersabar..Antara usaha2 yang mampu kita buat:
1)Berdoa kepada Allah
2)Berwuduk
3)Banyak berzikir dan membaca al Quran
4)Duduk apabila berdiri, atau berbaring apabila duduk

'Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku,maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat.Aku mengabulkan pemohonan orang yang berdo'a apabila dia memohon kepadaKu,maka hendaklah mereka memenuhi perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu,agar mereka berada dalam kebenaran' (Al Baqarah: 186)

Thursday, December 11, 2008

Pesanan cikgu


Sejak belajar medic dari tahun satu sampai sekarang, saya dapat pelbagai nasihat dari cikgu2 kelas..saje nak berkongsi :


1) Jaga pemakanan, diet mesti seimbang dan kuantiti yang cukup. 'Your skin is what you eat' - dermatology

2)'Repetition is a mother of success' - pharmacology

3)'Have enough sleep at night, at least 5hours.Enough sleep is important for development of your long-term memory' - physiology

4)'Dont' judge others and people will not judge you' - paediatric surgery

5)'Always send sms or email to your parents' - paediatric surgery

6)'An injury to a child is a mistake of the parents' - traumatology

7)'Always think positive and be happy. Dont create a negative focus in your brain' - gynecology

8)'You must study, study,study!' - surgery

etc..


(^_~) selamat bermujahadah sahabat sekalian. all the best for us,insyaAllah

Tuesday, December 9, 2008

Doa untuk kawan


Saya dpt doa ni beberape tahun lepas daripada seorang sahabat baik.Doa ni sangat best..moga sahabat saya dirahmati dan disayangi Allah s.w.t. setiap detik hidupnya.amin..


Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman,Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya.

Ya Allah
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini.
Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan.
Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya.
Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya.
Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya.
Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya.
Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu
dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu
tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah.
Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sebaik-baik permintaan,
sebaik-baik permohonannya,
sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya.
beratkanlah timbangan kebaikannya.mantapkanlah imannya,
tingkatkanlah darjatnya,terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya.

Ya Allah,
aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga.

Ya Allah
perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan,
maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya.
dan Engkau mengetahui segala hajatnya,maka kabulkanlah permohonannya.

Ya Allah,
Aku bermohon baginya kepadaMu
keimanan yang selalu mendampingi hatinya,dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya
dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya.

Ya Allah
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran.
Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan.

Ya Allah
Jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya.

Ya Allah
Jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu
dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah
Cukuplah diriMu bagiku,tiada Tuhan selain Engkau.
Hanya kepadaMu aku bertawakal.
Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung.
Amin...

Monday, December 8, 2008

Amanah

Hurm,amanah ni benda yang common dibincangkan dalam usrah-usrah.Tapi,berape sangat lah manusia yang pegang amanah diorang.nampak simple tapi sebenarnye berat tanggungjawab tersebut..

Contoh,amanah seorang pelajar,tanggungjawab seorang pelajar mesti la belajar bersungguh-sungguh.xde pulak amanah seorang pelajar main game 12jam sehari atau pergi ke kelab2 malam.Tambahan lagi,amanah pelajar ni pergi ke kelas atau lecture2 yg ade tiap2 minggu.tapi ,kadang2 saya xfaham..kenapa orang ambil mudah soal amanah camni?mungkin xtertulis dalam al quran pergi ke kelas dan lecture adalah salah satu amanah yang wajib dibuat.

Contoh lain,seorang pekerja,amanah die bekerja dengan tekun,bukan nye wat kerja sambil lewa..seorang cikgu mestilah masuk ke kelas tepat pada waktu dan ambil tahu soal anak2 muridnye.seorang doktor perlu buat pemeriksaan yang lengkap ke atas pesakit2.seorang kerani pejabat perlu bekerja ikut masa pejabat dan xkeluar makan dengan kerap sehingga menyusahkan teman sepejabatnye yang lain.etc,etc..

Inilah manusia,saya pun xkuranye..pernah juga ponteng lecture sekali dua.kekadang kesian tengok lecturer,muka tensyen je bila kurang students yang datang mendengar lecture diorang..jadi,marilah kita memeriahkan lecture hall yang semakin sunyi sepi itu.. ;)

Sunday, December 7, 2008

Eid Adha

Salam Aidiladha buat semua warga muslimin dan muslimah di seluruh dunia.Di sini saya nak ingatkanla skit2 tentang sejarah Aidiladha yang kita rayakan..



Aidiladha disambut pada hari ke 10,11,12 dan 13bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.



Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.



Hari Raya Korban jatuh pada hari ke10 pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.Bermula dari saat Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke bumi Allah inilah,umat manusia berkembang biak,sampailah generasi kita sekarang..



Semoga kita sempat menunaikan ibadah haji di masa akan datang,insyAllah.Ya Allah,betapa aku rindukan tanah suciMu..

Salam alaik


Saya baru cuba berjinak2 dalam bidang penulisan.Harap dapat meng'improve' diri dalam sharing ilmu2 yang ade,insyaAllah..