Monday, August 9, 2010

Kahwin?

salam wrt

ye sy tahu..post ni kurang sesuai untuk ketika ini memandangkan Ramadhan akan tiba esok hari.huhu..saje jek tulis sebab makin ramai sahabat sy yg dah mendirikan masjid masing2 bulan lepas.alhamdulillah,semoga kekal hingga nak cucu, dirahmati ikatan itu dunia n akhirat.. :) saya bila pula?nanti2 la kan..xbersedia lg untuk menjadi isteri,ilmu perkahwinan pun xcukup lg.

apa sebabnya kita berkahwin?mungkin ada antara kita nak ada teman hidup yg boleh menyayangi dan disayangi, nak anak,nak ada yg support hidup kita dari segi kewangan dan ada juga yg cakap lillahita'ala bermaksud kerana Allah semata2..untuk sy sendiri,yes.kesemua itu menjadi alasan untuk sy berkahwin.tapi, bagi diri sy sendiri yg paling penting adalah alasan yg terakhir itu,lillahita'ala.

seperti post yg lepas, sy ada mention yg kita ni musafir di bumi Allah menuju kehidupan yg kekal abadi..dan sebaik saja kita wujud di dunia,yg menjadi pembimbing kita dan teman kita bermusafir adalah ibu bapa kita sendiri.mereka lah yg mendidik kita untuk mengucapkan kalimah syahadah, solat, berpuasa, mengenali Allah dan RasulNya dan lain2..terlalu banyak untuk disebut di sini..ilmu2 inilah yg menjadi bekal kita sepanjang perjalanan menuju destinasi akhirat.



tetapi apabila kita dah masuk fasa hidup yg baru..si suami/isteri pula yg menjadi teman kita, yg mendidik dan menasihati kita bila kita leka, memberi sokongan pada kita untuk terus istiqamah dlm berjuang..sy bayangkan mcm kita tercampak di padang pasir,berjalan sorang2 ketakutan, tanpa air dan makanan, dan yg kelihatan hanyalah fatamorgana yg menipu mata (nikmat duniawi).tiba2 muncul seseorang bernama suami/isteri yg papah kita, tolong menyediakan makanan rohani, bawa kita ke direction yg betul (jalan yg diredhai Allah) dan selalu bisikkan kata2 semangat di telinga.. :D

oleh itu, pentingnya soal memilih calon suami/isteri yg betul..yg dekat dgn Allah, berilmu, memahami, menyayangi dan boleh mendidik pasangannya..bukan memilih teman berlandaskan perasaan semata2, atau harta semata2 atau apa2 saja bentuk duniawi yg xkekal selamanya. kalau xsesat sendirian, takut kedua2nya pun sesat sekali..

"Lelaki itu (suami) pelindung bagi perempuan (isteri) kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya. Maka perempuan-perempuan yang soleh adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga dirinya ketika suaminya tidak ada, kerana Allah telah menjaga mereka.." (4:34)

kalau kita nak suami yg soleh, of course kita perlu menjadi solehah dahulu.so, ape lagi..mari improve akhlak dan ilmu agama kita. insyaAllah, Allah akan memberi jodoh yg baik untuk kita.

Sunday, August 8, 2010

August

salam wrt

terlupa pula diri sendiri ada blog,terlalu lama xsinggah blog sendiri.huhu..xlama lagi dah nak Ramadhan,so sy nak ambil kesempatan mengucapkan salam Ramadhan kepada semua.mari berusaha sungguh2 untuk beramal dan berhijrah kepada diri yg lebih baik, dan terus istiqamah dalam melaksanakannya walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita nanti..amin2.

Bulan Ogos dah tiba..selalunye sy dah mula menghitung hari,bersedih2 sendirian memikirkan yg sy akan kembali ke bumi Rusia untuk meneruskan pengajian dan meninggalkan family tercinta di Malaysia.tetapi lain pula situasinya untuk tahun ni..berdebar2 menunggu surat perlantikan kerja pula.huhu..xpela,xsabar jgk nak memberi khidmat kpd rakyat Malaysia..tq yg amat kerana membiayai pengajian sy selama 6thn lepas..

23thn dah berlalu (lebih kurang 1/4 daripada hayat kiranya Allah memanjangkan hayat sy hingga 80thn plus minus)dan sy masih lg seorang musafir di bumi Allah ni.sy rasa masih terlalu skit bekalan yg dah dikumpul untuk kehidupan yg abadi nanti,akhirat..jadi sy fikir..setiap hari kita perlu berniat untuk berhijrah, dan melaksanakannya.kerana plg kurang pun,dengan niat itu kita akan diberi kebaikan dan kekuatan oleh Allah untuk mentaufiqkan hidayah yg diberi..

isk..sy rindu berusrah.jgn hanyutkan jiwa yg lemah ini walaupun sibuk bekerja nanti..

Friday, April 9, 2010

Owh the stress is pilling up ;(

Allah knows (by Zain Bhikha)

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows.


Allah tahu segala isi hati, dan Allah tahu hatiku yang sedang resah dan sedih. usaha, doa dan tawakkal 'alallah.la tahzan, everything's gonna be fine.insyaAllah..

Tuesday, March 30, 2010

Moscow dan bomb

Salam wrt

kes bombing di Moscow Isnin lepas menjadi berita hangat buat students2 yang belajar di semua universiti di Rusia.alhamdulillah tidak ade mana2 students Malaysia yang maut disebabkan peristiwa tu..dan dibuatkan cerita,suicide bomber tu bertudung..jadi yang terkena tempiasnye adalah kita yang bertudung ni.isk..polis sudah merayau2 di jalanraya bumi Rusia,dan dengar cerita ade pulak wanita yang bertudung dipukul arini.

yang bermain di fikiran sy skarang..patutkah parents sy menghadiri majlis graduasi sy bulan Jun nti?dah mesej abah untuk decide nak dtg atau x..sy redha ngan ape2 decision diorang.

kematian itu pasti..cuma adakah kita prepare untuk mati.jangan hanya takutkan mati tetapi xberusaha untuk menghadapi mati..kalau kita takutkan mati,itu tandanya kita ada sifat cintakan dunia.isk..amaran besar Allah buat diriku yg alpa..

Umar al-Khatab ade sebuah cincin yang terukir kata2 ini..'cukuplah kematian sebagai peringatan buat diriku Umar'.rasanye elok jgk sy ada cincin mcm ni sebagai penasihat setia sy.maybe boleh minta masa nak kahwin nti?

Ya Allah..lindungilah kami daripada malapetaka dan gangguan manusia..jika Engkau mentakdirkan mati buat kami,matikanlah kami sebagai para syuhadaMu..amin..

Sunday, March 28, 2010

Mudahnya untuk beribadah

salam wrt

pernah x terfikir,ape tujuan Allah ciptakan kita di dunia ni?dan secara simplenya,tanggungjawab kita di dunia ada 2:
1)sebagai hamba Allah iaitu dengan beribadah kepadaNya
2)sebagai khalifah Allah iaitu dengan memakmurkan syariatNya di muka bumi Allah dengan kata yang lain,melaksanakan hukum2Nya di bumi,menasihati kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran.

point yang sy nak bincangkan dalam post kali ni hanya point no.1 (^_^)
ape itu ibadah?melaksanakan hukum islam (eg solat,puasa,zakat,haji etc)sahajakah yg dikira ibadah?tidak ye..ibadah itu sgt luas..mandi boleh jadi ibadah,gosok gigi boleh jadi ibadah,makan,tido,bersenam etc..cuma syaratnya mesti kerana Allah semata2 (lillahita'ala).contoh "aku datang universiti kerana nak diploma",jadinye diploma jela yang kita dapat,xde pahala..kalau kita niat aku datang universiti kerana nak redha Allah.dploma dapat,pahala dan kebaikan di akhirat pun dapat..kan extra tu.

seperti yg dibincangkan dlm hadis 1:innamal a'malubinniat (sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat..) jadi ape saje yang kita buat sekiranya niatkan untuk dapatkan keredhaan Allah akan menjadi ibadah iAllah..

sekiranya setiap amalan kita niat kerana Allah,logikkah kita niat untuk mendengar perkara yang lagha,memerhatikan sesuatu yang haram,memikirkan seseorang hingga mendatangkan syahwat lillahita'ala?mestilah tidak..xkan kot.jadinye..kalau kita sentiasa niat lillahita'ala,secara x langsung,melatih diri kita menjauhi perkara2 yang xmendatangkan manfaat pada kita iAllah..

and lastly..orang slalu kaitkan amalan dengan ikhlas.contoh yang famous skali.."aku xnak pakai tudung lagi..bukan ikhlas pun pakai,sia2 jer.." camne nak jawab kalau org tanye cmni?perlu kita explain pade sahabat2 kita..tudung tu adalah wajib.kalau xpakai,dosa confirm dapat..kalau buat tapi xikhlas..pahala memang xdapat,tapi jangan lupa,dosa pun xdapat kan..so,mane yang lebih untung?of coz la pakai tudung secara paksaan tu.jadi,nasihat kawan2..pakailah tudung walaupun xikhlas..iAllah lelame ikhlas akan datang.jangan lupa..Allah sgt sayangkan hamba2Nya yang mentauhidkannya..

tajdid niat kita lagi dan lagi..setiap hari dan setiap detik..lillahita'ala semata-mata.

Friday, February 26, 2010

Janji Melayu

salam wrt

salam maulidur rasul untk muslimin muslimat sekalian.sebentar tadi sy pergi ke hostel 1 untuk menghadiri program maulidur rasul yg dianjurkan PPIM.mengikut poster yg ditampal, program bermula 8.15, sy pun segera bersiap2 untk keluar bilik dan tiba di hostel tu pada masa yg dijanjikan.

'owh..xde org pun lg..'bisik sy pada roommate yg ikut skali.'biaselah tu..janji 8.15,tgkla 8.45 baru start kot'. oklah..sy cuba untuk bersabar memandangkan sy sedang menghadiri majlis ilmu,xmahu mencacatkan niat sy dan keberkatan yg Allah swt akan beri pada hambaNya.kami pun tunggu la..lame jgk,dlm 10 minit..still xde muslimat lain yg tiba.perasaan marah dlm hati dh terpercik.tunggu lagi 5 minit..baru la karpet siap dibentang dan hadirin boleh masuk.nak tunggu dewan penuh,tunggu lagi 5 minit..baru la majlis bermula..

pernah skali kawan sy complain majlis2 selalu start lambat dan xikut masa yg dijanjikan.ape jawapan yg dia dpt? 'Islam mengajar erti sabar..'

oklah..secara simplenya..yes,Islam mengajar erti sabar, tetapi Islam juga mengajar kita adab2 dan moral value..tepati janji, tepati masa. Saidina Umar al Khatab pun memberi perumpamaan bahawa masa itu umpama mata pedang.Imam Hasan al Banna pun mewasiatkan kita tidak membazirkan masa berkali2 dlm 10 wasiatnya yg terakhir.

sy minta kita ubah pemikiran 'org lain mesti datang lambat punye,buat ape dtg awal..'kalau semua berfikiran macam ni,selamanya xde perubahan yg akan berlaku pada disiplin kita..

Sunday, February 21, 2010

Terkesankah hatimu?

salam wrt

xde ape yg ditulis pun sebenarnye..just terfikir something yang bermain2 dlm hati.

tadi baru je balik berusrah dengan adik2 kesayangan.terpakse la meredah ribut salji yang kuat untuk ke hostel diorang.diri hampir rase nak diterbangkan angin kuat tu sampai terpakse bercangkung sebentar untuk rendahkan titik graviti..tapi suka actually,sebab makin susah diri kita untuk buat sesuatu kebaikan, makin besar pahala yang Allah beri pada kita, insyaAllah..

usrah sy buat kejap je, dalam sejam.sebab diorang ade exam dermato next week.jadi sy perlu hormat masa diorang untuk belajar.then on the way balik ke hostel after usrah habis,sy terfikir..selama yg sy berkongsi ilmu dengan diorang,terkesankah hati2 diorang atau usrah sy hanya sia2 saje,umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri..sy harap paling kurang,ade rase insaf atau keinginan untuk berubah ke arah yg baik hadir dlm hati2 yg sy sgt ambil berat tu.dan terfikir lagi,mungkin certain2 things xmemberi kesan disebabkan sy sendiri pun xamalkan benda yg sy bincangkan..nauzubillah..

"Hai orang2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat?amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan.."
(61:2-3)

masa tinggal sedikit..hanya 4bulan.dan dalam masa sy bz dengan study sy,sy xtahu setakat mane lagi yg sy mampu buat untk memaksimumkan usaha dakwah sy..sedih nak tinggalkan diorang, sedih nak tinggalkan bumi Nizhny.

ya Allah..tetapkanlah hati2 kami pada agamaMu..berikan kami taufiq dan hidayahMu..mudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut..jauhilah kami dari azab kubur dan nerakaMu..dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu..

Tuesday, February 2, 2010

Hidup 1jam20min?

Salam wrt

Pernah x terfikir, berape lama hidup kita di alam akhirat kalau compare dgn hidup di bumi? Dalam al Quran ade Allah swt bagi perumpamaan untuk kita..

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian urusan itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu"
(As Sajadah:5)

okeh,sekarang jom buat calculation skit..
1000thn bumi = 1hari /24jam / 1440min akhirat
umat Rasulullah s.a.w. selalunye mempunyai umur dlm average 60-70thn (itu pun kalau nyawa tidak diambil oleh malaikat maut lebih awal dari),so..
60thn bumi = 86.4min akhirat bundar2 skit, dapatlah lebih kurang 1jam20min

1jam20min actually masa yg sgt2 pendek untuk kita, especially kalau minggu2 exam, kita sangat2 menghargai setiap saat yg bergerak. kalau sy study internal med, sejam ni actually baru dapat cover satu disease je eg diabetes, ischemic heart disease etc.

tapi, bukankah kita sememangnye tgh berada dlm peperiksaan, yg kita xtahu bila tamatnye masa kita ambil peperiksaan tu, yg resultnye akan dibentangkan di khalayak ramai? dan result exam tu akan tentukan dua je hasil untk kita.syurga or neraka..besar tu perbezaan antara keduanya..

jadi, masa yang Allah swt beri pada kita 1jam2omin ni patutkah kita sia2kan? ada ke masa untuk kita buang masa untuk dapatkan syurga Allah swt yg kekal abadi? masih sempat nak shopping sampai berjam2, dan balik melepak tgk movie, borak2 kosong, gosip sana sini pulak sampai lewat mlm?atau solat fardhu pun buat sambil lewa,solat subuh gajah, kadang2 main qadha2 je..?xcukup sahabatku sekalian..kalau sahabat2 Rasulullah yang iman mereka sgt mantap pun menangis2 mengharapkan syurga Allah swt dan takutkan neraka Allah swt, apalah sgt nak dicomparekan dgn diri kita yg xseberapa ni..

rebut masa yg ada ni sahabat2ku..tinggalkan yg maksiat, amalkan yg fardhu dan sunat, saling nasihat menasihati, jaga silaturrahim..semoga sekecil2 amalan kita memudahkan urusan timbangan amalan kita di padang Masyar nti.

ade satu ayat yg sgt sayu di hati bila sy bace..

"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba2Ku , dan masuklah ke dalam syurgaKu.."
(Al Fajr: 27-30)

Semoga 'jiwa yg tenang' itu adalah jiwa kita tatkala roh dah pun berada di kerongkong suatu hari nti..

Sunday, January 31, 2010

Siti si talam dua muka


Salam wrt


saje mengupdate blog, malam sudah menyusul tapi mata masih segar. meh nak cerita perihal seekor kucing yg manja terlebih2..


Nama: Siti gendut

Tarikh lahir: 28/4/2009

Umur: 9bulan

Warna bulu: hitam,coklat,putih

Keunikan: Muka dua warna


Siti actually anak JJ yang bongsu..kami bertiga memang tak expect nak keluar lagi sekor anak kucing selepas Ali dan Abu..tapi 3jam selepas kelahiran Abu,keluar la sekor ni.mungkin kelahiran yang agak delay ni buatkan dia extra nakal tapi manja at the same time..talam dua muka katekan..


Kenapa extra degil?

1) Walaupun makanan still penuh dlm mangkuk, still nak merabakkan kotak makanan yang baru..last2nye masuk angin la biskut2 baru tu..

2) Siang tidur, tapi malamnye main dgn penuh semangat. rasanya umpama ada anak lelaki yg buas di rumah.sebelum kami tidur,memang segala barang2 beharga atas meja study dah disimpan dgn baik.kalau tak, mesti ade atas lantai esoknye..

3) Tak boleh dihukum langsung..kalau orang jentik telinga skit, tangan kami dicapainya dan digigit2 smpai ade kesan gigi dan air liur

4) Suka sgt korek tong sampah. pantang ade tulang ayam, mesti nak ratah..xfaham kenapa keturunan Mon aka moyang Siti suka sgt pada ayam,kalau bagi ikan mentah boleh buat2 nak termuntah pulak tu..kucing rusia katekan


Kenapa extra manja?

1) Pagi2 pukul 3-4 am masa manusia tgh nyenyak tidur, masa ni jugak la die naik katil, gesel2 badannye yg masam tu kat muka minta dibelai..tidur terganggu, jerawat muka pun naik..

2) Tatkala khusyuk stadi, nak manja2 lagi.panjat pulak lap,tergolek2 atas lap..ai..tgn ada 2,kanan pegang pen menulis,kiri mengusap perut..kalau diletaknye atas lantai,lap ku dipanjat semula..buatla berapa kali pun

3) Masa basuh baju, die suka teman kat sebelah,tengok je berus bergerak2, ntah ape yg buat die excited pun xtahu..kalau die boleh tolong beruskan kan seronok

3)Tempat tidur favourite die ialah atas bantalku.manja terlebih,nak tempat tidur paling selesa tanpa hiraukan manusia yg terseksa ni


Itu lah al kisah cik Siti gendut..owh kenapa gendut?sebab perut die mmg bulat sejak azali..