Sunday, March 28, 2010

Mudahnya untuk beribadah

salam wrt

pernah x terfikir,ape tujuan Allah ciptakan kita di dunia ni?dan secara simplenya,tanggungjawab kita di dunia ada 2:
1)sebagai hamba Allah iaitu dengan beribadah kepadaNya
2)sebagai khalifah Allah iaitu dengan memakmurkan syariatNya di muka bumi Allah dengan kata yang lain,melaksanakan hukum2Nya di bumi,menasihati kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran.

point yang sy nak bincangkan dalam post kali ni hanya point no.1 (^_^)
ape itu ibadah?melaksanakan hukum islam (eg solat,puasa,zakat,haji etc)sahajakah yg dikira ibadah?tidak ye..ibadah itu sgt luas..mandi boleh jadi ibadah,gosok gigi boleh jadi ibadah,makan,tido,bersenam etc..cuma syaratnya mesti kerana Allah semata2 (lillahita'ala).contoh "aku datang universiti kerana nak diploma",jadinye diploma jela yang kita dapat,xde pahala..kalau kita niat aku datang universiti kerana nak redha Allah.dploma dapat,pahala dan kebaikan di akhirat pun dapat..kan extra tu.

seperti yg dibincangkan dlm hadis 1:innamal a'malubinniat (sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat..) jadi ape saje yang kita buat sekiranya niatkan untuk dapatkan keredhaan Allah akan menjadi ibadah iAllah..

sekiranya setiap amalan kita niat kerana Allah,logikkah kita niat untuk mendengar perkara yang lagha,memerhatikan sesuatu yang haram,memikirkan seseorang hingga mendatangkan syahwat lillahita'ala?mestilah tidak..xkan kot.jadinye..kalau kita sentiasa niat lillahita'ala,secara x langsung,melatih diri kita menjauhi perkara2 yang xmendatangkan manfaat pada kita iAllah..

and lastly..orang slalu kaitkan amalan dengan ikhlas.contoh yang famous skali.."aku xnak pakai tudung lagi..bukan ikhlas pun pakai,sia2 jer.." camne nak jawab kalau org tanye cmni?perlu kita explain pade sahabat2 kita..tudung tu adalah wajib.kalau xpakai,dosa confirm dapat..kalau buat tapi xikhlas..pahala memang xdapat,tapi jangan lupa,dosa pun xdapat kan..so,mane yang lebih untung?of coz la pakai tudung secara paksaan tu.jadi,nasihat kawan2..pakailah tudung walaupun xikhlas..iAllah lelame ikhlas akan datang.jangan lupa..Allah sgt sayangkan hamba2Nya yang mentauhidkannya..

tajdid niat kita lagi dan lagi..setiap hari dan setiap detik..lillahita'ala semata-mata.

3 comments:

ayesyaazreena said...

utk situasi yg last sekali,
menasihati kawan2 yang tak pakai tudung, macam mana kalau ade sikap "nak jaga hati kwn", "xberani nak tegur", dan sebagainya?
;]

adil said...

dalam hadis 34 koleksi Imam an-Nawawi,Rasulullah s.a.w. bersabda (lebih kurang camni..)kalau kamu lihat suatu kemungkaran, kena ubah dengan tangannya (tindakan eg hadiahkan tudung ke..)kalau xmampu ubah dengan lidahnya (teguran). kalau still xmampu,ubah dengan hatinya(membenci perkara tersebut atas sebab takutkan murka Allah)dan itu adalah selemah-lemah iman.

komen sy..ajak dgn baik dlu 'nape xnak pakai tudung,awk lg cantik pakai tudung' kalau die xnak lg..terpakse la tegur dgn tegas.mungkin dia terasa dgn kita,tp logiknya..kalau xterasa dgn teguran,cmne nk ade kesedaran untk berubah.. :)

tapi kalau xmampu..kena benci perbuatan tu sepenuh hati,dan jgn kita pun buat jgk..dan itu adalah selemah2 iman..

ayesyaazreena said...

thanks akak..;))
insyaAllah..trying my best!