Friday, December 9, 2011

Ujian itu tarbiyyah dari Allah

Salam wrt
Bismillah..astaghfirullah..alhamdulillah..lailahaillallah

Lama btul xupdate blog sejak bekerja ni.
Al kisah sebelum saya mula bekerja sebagai seorang houseman, saya diuji Allah dengan ujian yg agak berat untuk saya. Ujian yang saya terima menyebabkan saya menangis 24/7, dan saya tertanya2 apa dosa yang saya dah lakukan sehingga saya diuji begitu rupa..terdetik di dalam hati rasa putus asa dengan rahmat Allah.

Tapi kan..selepas saya mula bekerja, baru saya sedar yang ujian itu adalah tarbiyyah dari Allah, nak mendidik saya untuk bersabar dengan karenah2 duniawi. Dan alhamdulillah, sepanjang saya bekerja tidak pernah terlintas di dalam hati saya rasa untuk berputus asa, dan saya sebenarnya seronok menjadi seorang doktor..kerana semua penat lelah itu is nothing jika dibandingkan dengan apa yang saya pernah alami sebelumnya..

Bersangka baik dengan Allah kerana Allah pernah berfirman " Aku adalah apa yang hambaKu sangkakan" dan ingatlah yang ujian itu tanda Allah rindu pada kita, memanggil kita untuk terus berdoa dan berharap padaNya.Allahussomad.

Kepada orang yang menganiayai saya..jazakumullahuhairan, kerana anda menjadikan saya lebih kuat dan lebih tabah.